Ahad, 7 Februari 2010

bumi perak.

assalamualaikum...

berguling-guling saya menahan ketawa yang masih berbaki, air mata ketawa segera saya seka untuk tahan dari terus ketawa...aduh!!!rupanya ada juga mahasiswa/si (saya tak pasti) yang betul-betul sakit hati dengan post2 saya selama ini...dan saya dapat mengesan ketidakpuasan hati itu dalam bumi perak yang begitu hangat dalam masyarakat KISDAR pada hari ini, esok saya menghadapi peperiksaan pertengahan, namun saya curi sedikit masa untuk coretkan sedikit catatan hati yang geli dek komen si pintar yang tidak berpuas hati dengan saya.

mungkin ada di dalam post2 sebelum ini yang terkena pada batang hidung si pintar ini hingga menyebabkan beliau terasa pedasnya...hingga si pintar hilang pertimbangan lalu melemparkan kata2 kurang sopan pada saya di dalam bumi perak...(sila lakukan di hadapan saya andai benar bencikan saya, dan benar-benar berani berdepan dengan saya). Ini mungkin satu cabaran bagi saya untuk menangani si pintar ini, mari...kita duduk semeja dan berbincang secara matang dan profesional, saya juga mahu melihat sejauh manakah bencinya si pintar ini pada diri saya..

namun, disebalik kenyataan si pintar dalam bumi perak itu, terdapat sedikit kecacatan yang tersirat hasil ciptaan si pintar yang terburu-buru menulis tohmahan kepada saya, saya hanya menjadi MPP selama 2 tahun sahaja si pintar, fakta manakah yang mengatakan saya menjadi MPP selama 3 tahun, si pintar...saya masih belum bersedia untuk me'repeat' paper hingga 4 tahun saya di kisdar.saya hanya mampu menjadi MPP selama 2 tahun sahaja..andai si pintar mahu menggantikan saya, silakan...kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan.

oleh itu, saya sekali lagi membuka ruang kepada si pintar, mari bersemuka dengan saya untuk kita selesaikan soal ketidakpuasan hati anda, kerana saya tahu si pintar antara pembaca setia blog saya...walau sebenci mana pon anda kepada saya...saya mohon jangan putus-putus melayari pondok usang saya ini, saya mahu pembaca seperti anda untuk memberikan cabaran demi cabaran kepada saya...dengan tohmahan anda...saya lebih kenal siapa saya..salam ukhwah.

Selasa, 2 Februari 2010

dari mahasiswa kepada mahasiswa.

assalamualaikum...

yang pertama saya merakamkan ucapan tahniah yang menggunung tinggi kepada promahasiswa (pro-m) yang berani berdepan dengan pelbagai cabaran dan tribulasi sebagai syarat dalam memperjuangkan suara mahasiswa...baru kini saya melihat...gelombang mahasiswa amat besar bagaikan si bapak tsunami yang hebat. tersenyum tika saya membaca blog2 antum...kisah di bedil dengan cota FRU, di tangkap dan dibawa ke balai. tahniah!!! antumlah pembakar semangat saya disini, bah kan bukan sahaja saya...malah mungkin segerombolan mahasiswa di kisdar ini, saya kira mereka turut merasa percikan semangat hasil biasan perjuangan antum disana. itu pon kalau mahasiswa di kisdar celik IT dan melayari blog2 bermanfaat dan berilmiah...bukan sekadar mengupdate FaceBook, Myspace sahaja.

walaupun promahasiswa diuji dengan kekalahan demi kekalahan...anda tidak kalah di pandangan saya, malah saya percaya anda telah menang dan berjaya membuka mata mahasiswa yang lena bahawa kampus masih belum bebas dengan demokrasi...semangat perjuangan anda akan saya jadikan bekalan buat diri...dalam menerajui kepimpinan mahasiswa buat kali kedua, ya..akan saya tiupkan roh perjuangan dalam diri sahabat2 sekampus saya, supaya yang benar tetap benar...dan yang salah tetap salah!!!

kepada saudara warga staf2 kolej...anda perlu ubah diri anda...anda bukan bekerja di supermarket atau seangkatan dengannya...anda bekerja di Kolej Islam Darul Ridzuan, di sebuah institusi pengajian islam, ubah diri anda, ubah sikap anda, demi Islam kita menjadi kearah yang lebih positif...tingkah laku melambangkan peribadi seseorang...usah calarkan maruah islam yang terpahat di bendera kampus kesayangan saya.

kepada mahasiswa KISDAR,

tempoh final kian hampir, sedarlah...dan usah tidur, andalah maruah islam, jagalah maruah itu sebaik-baiknya, usah diconteng maruah itu dengan tingkah anda yang memilukan warga pendidik kita disini, saya sayangkan KISDAR, saya mahukan kampus saya seperti syurga...saya mahukan masjid penuh di tiap azan berkumandang, saya mahukan sof berbilang-bilang hingga tidak mampu saya beza diantara solat 5 waktu dan solat jumaat. saya rindukan suasana itu..ayuh sahabat-sahabat...mari kita ubah generasi ini...ini dari saya...dan ini harapan menggunung saya...wallahua'lam.

Ahad, 24 Januari 2010

kisdar...

salam...

Semalam saya baru sahaja menjemput seorang sahabat yang pulang dari satu program anak angkat anjuran sebuah kelab di kisdar, pada mulanya saya tak berapa perasan wajah sahabat saya ni dalam keadaan muram, sesampai di rumah barulah saya perasan ada sedikit riak kurang senang di wajahnya, ahh...penat barang kali, maklum sajalah...baru pulang dari berprogram...

sebaik beliau selesai berehat, saya datang ke biliknya untuk bertanya tentang perjalanan program tempoh hari, hm...dasyat juga adik2 yang menyertai program tu, ada yang makan semeja, ada pula yang berkepit ibarat suami n isteri, ada juga yang bagai kekasih sejati, ada yang tangkap gambar seperti selebriti, baru kini saya sedar...pelajar kisdar semuanya berkebolehan... bila di hadapan saya dan sahabat2 lain ibarat pijak semut langsung tak mati, bila dapat keluar berprogram tanpa kelibat MPP aduh...seronok bukan kepalang...lupakah mereka walaupon MPP tidak melihat perbuatan mereka...namun ada Sang Pencipta yang Melihat??

adakah mereka lebih takutkan MPP daripada ALLAH Subhanahu Wa Taala?? saya tertanya2... dimanakah peranan Ahli Jawatan Kuasa Kelab yang menganjurkan program tersebut dalam mengawasi tingkah laku si beruk2 ini? maaf andai saya terkasar bahasa...namun itu yang saya rasakan yang selayaknya...beruk pon tau takutkan manusia kerana beruk2 itu tahu bahawa manusia lebih kuat dari mereka, namun manusia2 ini masih tunjuk berani di hadapan Pencipta mereka sendiri...Nauzubillah...makanya layaklah kiranya saya memanggil mereka ini beruk kuasa dua (lebih teruk dari si beruk).

dan kepada pembaca budiman, masih tidak terlewat untuk kita sama-sama bermuhasabah... peranan siapakah untuk mengubah waqi' yang sebegini, saya rindukan biah solehah yang menjadi idaman kalbu, saya rindukan itu seperti pungguk rindukan bulan...saya rindukan biah yang selayaknya dengan gelaran Islam yang kita bawa, bukan hanya pada nama Islamnya kita semata-mata...ayuh sahabat...masih belum terlambat saya kira, saya hadiahkan pada pembaca budiman...sebait syair yang boleh dijadikan nasihat kita bersama :

Wahai pemuda yang maksiat kepada Rabbul Izzati
Tahukah engkau balasan orang yang derhaka
Baginya neraka penuh gemuruh nyalaan api
Di hari itu tidak boleh berbuat apa-apa lagi
Jika tahan api neraka berbuatlah derhaka
Jika tidak tinggalkan saja
Atas dosa yang telah engkau perbuat
Hapuskanlah bersungguh-sungguh dengan bertaubat

p/s : "jika tahan api neraka berbuatlah derhaka" saya cabar pembaca budiman, andai tahan dengan api neraka...buatlah derhaka...kita lihat siapa yang paling hebat..huhuhu...

Sabtu, 23 Januari 2010

Merindukan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.



Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Salam pernah bersabda :


"Akan datang atas umatku di mana ia menyukai lima hal, dan melupakan lima hal. Mereka suka kepada dunia dan melupakan akhirat. Mereka suka pada harta dan melupakan Hari Hisab. Mereka cintakan makhluk sehingga melupakan Khaliknya. Mereka suka berdoa, tapi lupa bertaubat. Dan mereka suka rumah tetapi lupa pada kuburnya" .

Jumaat, 22 Januari 2010

sedihnye...

assalamualaikum...

argh...sedih btul tika ini, dengan tangan aku yang saje2 gatal klik laman web era.fm...aku terlihat "riuh pagi di era" niat di hati sje je nak tgk2, nak YM kwn2 sorang pon tak on9, kisahnye aznil deejay era tu wat kejutan melawat sekolah menengah victoria, tak silap aku kat KL kot...aku pon tak bpe pasti area mne...waktu tu dme nak SPM, nak jawab kertas bahasa melayu, acara sebelum masuk dewan peperiksaan tu student akan berkumpul, menyanyikan "lagu Negaraku" (lagu yang sedapppppppppp tu) then lagu sekolah(dalam bahasa omputih). Last sekali dme akan wat "hakka", tau ape itu "hakka"?lebih kurang macam atlit ragbi selalu wat sebelum masuk bersukan, tujuannye untuk naikkan semangat para student nii (dme akan menjerit dengan gaya macam nak berperang).

Dan lepas je wat menatang "hakka" tu, trus siap2 ready alat tulis,slip or ape lg untuk masuk dewan...tika itu aku tertanya2, sepanjang pengamatan aku, boleh kata majoriti muke budak melayu kat situ, tak tergerak ke ati dme nak bce doa? mne peranan cikgu2?ibarat "hakka" tu dah ckup bagi dme..aduh...adik2...didikan apakah ini??inikah 1 malaysia??seronok sgt wat "hakka" sampai doa pon lupe...makin hari makin menakutkan, gerun aku melihat perubahan demi perubahan...huhu, jd aku sertakan sebuah lirik lagu untuk sme2 pembaca blog ini muhasabah kembali dan sedar...peranan siapa utk kembalikan kegemilangan khilafah.

Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa
Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan
Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan
Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang
Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah


sme2 kite hayati lirik ni:-)

Isnin, 18 Januari 2010

peperangan badar...

assalamualaikum...kesuntukan masa membuatkan aku terlewat mengupdate blog aku ni...maklumlah...bru je habis minggu ketamadunan n kesenian islam. so, ble dah free aku rse bertanggungjawab lak untuk menghiasi blog dgn post terbaru...selalunye post aku lebih kepada mende merapu, so aku tidak mahu lagi syok sendiri dengan post yang ntah pehape tu, kali ni aku nak bawak pembaca blog aku menyusuri sirah islam semasa peperangan badar...suatu kisah yang WAJIB umat islam baca, faham dan tahu...klu nur kasih kte sanggup tggu di depan t.v untuk tgk...aku rase pembaca blog ni pon tidak boleh tidak mesti baca dan simpan post ni kemas2 dalam diri.

PERANG BADAR KUBRA 17 RAMADHAN TAHUN KEDUA HIJRAH.
(Sebab Terjadinya Peperangan dan sasarannya) Sesungguhnya antara Rasulullah saw dan puak Quraisy sedang dalam keadaan perang sejak hari pertama Nabi saw melakukan hijrah ke Madinah. Dalam keadaan perang harta dan darah musuh adalah dihalalkan. Apalagi jika kita ketahui bahawa sebahagian harta yang ada didalam kafilah-kafilah dagang Quraisy itu milikkaum Muhajirin dari kalangan kaum Muslimin Mekah. Harta itu dikuasai kaum Musyrikin Mekah secara aniaya dan tidak sah. Sejak lama pemusuhan antara kaum Muslimin dan Musyrikin berlangsung, kaum Musyrikin sentiasa berusaha untuk memusuhi dan menghalangi tersiarnya Islam dengan pelbagai cara. Mereka menghamburkan harta yang banyak demi untuk memenuhi hasrat mereka dan untuk tujuan melemahkan potensi kaum Muslimin. Mereka juga tidak putus-putus menyeksa dan mengadakan gangguan serangan di perbatasan kota Madinah
Pada hari ke 12 bulan Ramadhan tahun ke2 hijrah Rasulullah saw menfetahui bahawa kafilah dagang Quraisy datang dari Syam, lalu Rasulullah saw bersabda kepada kaum Muslimin yang ada disisinya. “Ini adalah kafilah dagang Quraisy yang membawa harta kekayaan mereka. Keluarlah kepadanya, mudah-mudahan Allah menjadikannya sebagai pampasan bagi kalian.”
Perlu disebutkan bahawa kafilah ini tidak seperti kafilah-kafilah yang lain. Bila menguasainya maka akan mematikan bagi perekonomian Quraisy. Keran didalam kafilah dagang ini terdapat 1000 ekor unta dan 50,000 dinar emas. Kaum Musyrikin mengungkapkan tentang bahaya penguasaan terhadap kafilah ini dengan perkataan mereka: “jika Muhammad berhasil menguasainya maka kalian tidak akan berjaya selamanya”.
Perang Badar merupakan peperangan bersenjata yang pertama kali berlaku diantara pembela kebenaran dan pendukung kebatilan. Keran didalam pertempuran inilah ditentukan nasib kaum Mu’minin dan Musyrikin. Sehinggan Nabi saw bermunajat dengan doa agar Allah memberikan kemenangan yang besar kepada kaum Muslimin.
Orang yang pernah membaca sirah Nabi saw didalam perang Badar dan semua perang yang pernah dilakukannya, pasti akan mengetahui betapa besar perhatian Nabi saw teerhadap langkah dan pelbagai tektik peperangan dan analisis terhadap pergerakan musuh. Oleh sebab inilah Rasulullah menghantar sebilangan kecil pasukannya untuk mengintai pasukan musuh. Pada kebiasaannya sebelum keberangkatan pasukan perang, Rasulullah saw akan mengutus satu pasukan kecil untuk menjelajah wilayah dihadapannya, sebagai langkah terhadap serangan hendap dan sebagai langkah berjaga-jaga.
Ketika Nabi saw mendengar berita mengenai kemaraan tentera Quraisy dibawah pimpinan Abu Sufian, Nabi berbincang dengan para sahabatnya, baginda ingin mengetahui bagaimanakah sambutan kaum Ansar terhadap gagasan baginda untuk membela Nabi di negeri mereka. Sewaktu hendak berangkat dari kota Madinah baginda mengajukan adakah kaum Muhajirin berkesanggupan untuk berperang. Baginda mengulanginya sehingga 3 kali untuk mengetahui pendapat mereka. Kaum Muhajirin bersetuju dan sanggup bersama-sama Nabi menghadapi musuh Islam didalam peperangan ini, setelah melihat persetujuan kaum Muhajirin, kaum Ansar baru mengerti bahawa pertanyaan Nabi ini sebenarnya ditujukan kepada kaum Ansar. Lantas Saad bin Muaz bangkit dan berkat: “Ya Rasulullah, seolah-olah engkau mengkehendaki kami. Mungkin engkau takut jika kaum Ansar tidak akan membelamu kecuali dinegeri mereka sahaja. Aku berbicara atas nama kaum Ansar dan aku menjawab atas nama mereka. Pergilah kemana saja sesukamu, sambunglah tali persahabatan yang engkau senangi dan putuskan tali yang engkau senangi. Ambillah dari harta kami sesukamu dan berikan kepada sesiapa sesuka hatimu. Apa yang engkau ambil dari harta kami itu lebuh kami senangi daripada engkau sisakan. Segala perintahmu akan kami laksanakan. Demi Allah jika engkau berjalan sampai Brakal Ghamad (Yaman) pasti kami akan berjalan bersamamu dan jika engkau mengajak kami untuk mengharungio lautan ini pasti kami akan mengharunginya bersamamu pula”.
Berkata pula Miqdad ibnul Aswad sebagai sambutan selepas Saad bin Muaz: “Kami tidak akan mengatakan seperti apa yang dikatakan oleh kaum Musa kepada Musa: “Pergilah engkau beserta Tuhanmu dan berperanglah engkau berdua dan kami akan duduk disini”. Tetapi kami…..akan berperang disisimu kanan, kiri, depan dan belakangmu.”
Ketika Nabi saw mendengar penyataan para sahabatnya baginda bergembira dan baginda berkata sambil muka yang berseri-seri: “Berangkatlah kalian dan bergembiralah kalian”.
Semasa kaum Muslimin berangkat ke medan peperangan Badar, seorang pemuda yang berumur 16 tahun, namanya Umairf bin Abi Waqas, takut kalau kalau dia tidak dibenarkan menyertai peperangan kerana disebabkan faktor umurnya yang masih muda. Kerana itulah beliau keluar dengan cara sembunyi-sembunyi agar tidak diketahui oleh sesiapa pun. Abangnya (Saad bin Abi Waqas) yang melihat hal itu bertanya apakah sebab beliau bersembunyi-sembunyi begini? Jawab Umair: “Aku takut kalua Nabi menyuruhku kembali sedangkan aku ingin mati syahid di medan petempuran”.
Apabila Nabi mengetahui kejadian itu beliau hampir sahaja menyuruhnya kembali ke Madinah kerana Umair bin Abi Waqas masih belum cukup umurnya untuk berperang. Namun kerana Umair menangis minta diizinkan oleh Nabi untuk ikut berperang, Nabi kasihan melihatnya dan terharu diatas semangat jihad dan kesungguhan Umair, akhirnya Nabi membenarkannya. Maka terkabullah cita-cita Umair dan beliau adalah salah seorang yang gugur di medan peperangan Badar sebagai syahid.

Jumaat, 11 Disember 2009

SUKAN IPTIM : Kisdar memang patut kalah.

Mungkin ramai yang "tersentap" dengan tajuk yang aku ungkapkan ni, yelar...musti orang cakap aku ni tak sokong dunia sukan KISDAR, main pon tak, then nak komplen lebih2..nak kritik je tau...dan sebagainya. Aku memang tak peduli itu semua, yang aku tau aku sebagai warga yang sayangkan KISDAR perlu menyatakan hakikat sebenar...supaya KISDAR nampak lebih "mahal" dari IPT lain...walau sukan kita tak sehebat mereka. Aku tahu, semua atlit2 KISDAR bermain dengan sungguh2, semata2 mahu mengharumkan nama KISDAR di arena sukan malaysia (ceewaah). Namun disebalik kekalahan demi kekalahan yang kita alami, mungkin inilah ganjaran yang sepatutnya dianugerahkan kepada kita. Pada aku, nama kita sudahpon harum dengan "semerbak"nya. Kenapa aku berani berkata begini??mari ikuti langkah aku seterusnya...



1) Ada sebilangan atlit2 hebat kita (bukan semua) seronok berkaraoke, siap main tuju2 lagu untuk pasangan2 yang sedang hangat "bercinta monyet", nak je aku tuju2 batu mcm orang tunaikan haji tu...alhamdulillah aku tak join gie sne...bukan saja lelaki yang "sumbangkan" suara, malah wanita pon ada,walaupon tak berapa hafal lagu yang dikaraokekan...namun si wanita ini masih gagahkan diri untuk "sumbangkan" suara...memang sumbang. ini merupakan kejayaan pertama warga KISDAR. Tahniah!!!

2) Isu yang kedua (yang second kata orang putih) ada jugak antara atlit kita yang tanpa segan silu makan semeja dengan pasangan "couple" masing2 (di hentian rehat dan rawat). Puak2 ni langsung tidak kisah dengan amaran ALLAH dalam surah Al-Isra' (17:32) yang bermaksud :"DAN JANGANLAH KAMU MENDEKATI ZINA, SESUNGGUHNYA ZINA ITU ADALAH SUATU PERBUATAN YANG KEJI DAN SUATU JALAN YANG BURUK". Sengaja aku tulis dengan huruf besar, menunjukkan besarnya amaran ALLAH terhadap hambaNYA. Awas dengan amaran ini wahai warga KISDAR!!!

3) Dan isu yang terakhir untuk kali ini, ialah seorang pemimpin yang sepatutnya menjadi "Qudwah Hasanah" kepada rakan2, dan orang2 yang dipimpin telah pon dengan bahagianya(ala2 hidustan gitu) bersiar2 bersama kekasih hati disekitar bandar melaka...alangkah indahnya hidup mereka...taidakkah mereka takut dengan hukuman ALLAH???

Jadi inilah antara kejayaan2 yang telah "menjulang" nama kita di arena sukan, aku "bangga"...sebuah institusi agama yang menjadi kebanggan kita telah pon mengecapi kejayaan yang cukup hebat. Syabas warga KISDAR... hanya dengan latihan yang dahsyat, ia belum "cukup" untuk menjanjikan kemenangan. Nah...inilah natijah yang kita semua dapat dengan ikhtilat yang kita amalkan dalam kehidupan kita. sedangkan yang melakukan perkara diatas hanya segelintir...tp istilah "kerana nila setitik habis susu sebelanga" merupakan ironi kehidupan kita...Sedarlah wahai sahabat2, jangan sesekali abaikan amaran ALLAH..JANGAN!!!moga ALLAH ampuni kita semua...amin.