Jumaat, 11 Disember 2009

SUKAN IPTIM : Kisdar memang patut kalah.

Mungkin ramai yang "tersentap" dengan tajuk yang aku ungkapkan ni, yelar...musti orang cakap aku ni tak sokong dunia sukan KISDAR, main pon tak, then nak komplen lebih2..nak kritik je tau...dan sebagainya. Aku memang tak peduli itu semua, yang aku tau aku sebagai warga yang sayangkan KISDAR perlu menyatakan hakikat sebenar...supaya KISDAR nampak lebih "mahal" dari IPT lain...walau sukan kita tak sehebat mereka. Aku tahu, semua atlit2 KISDAR bermain dengan sungguh2, semata2 mahu mengharumkan nama KISDAR di arena sukan malaysia (ceewaah). Namun disebalik kekalahan demi kekalahan yang kita alami, mungkin inilah ganjaran yang sepatutnya dianugerahkan kepada kita. Pada aku, nama kita sudahpon harum dengan "semerbak"nya. Kenapa aku berani berkata begini??mari ikuti langkah aku seterusnya...



1) Ada sebilangan atlit2 hebat kita (bukan semua) seronok berkaraoke, siap main tuju2 lagu untuk pasangan2 yang sedang hangat "bercinta monyet", nak je aku tuju2 batu mcm orang tunaikan haji tu...alhamdulillah aku tak join gie sne...bukan saja lelaki yang "sumbangkan" suara, malah wanita pon ada,walaupon tak berapa hafal lagu yang dikaraokekan...namun si wanita ini masih gagahkan diri untuk "sumbangkan" suara...memang sumbang. ini merupakan kejayaan pertama warga KISDAR. Tahniah!!!

2) Isu yang kedua (yang second kata orang putih) ada jugak antara atlit kita yang tanpa segan silu makan semeja dengan pasangan "couple" masing2 (di hentian rehat dan rawat). Puak2 ni langsung tidak kisah dengan amaran ALLAH dalam surah Al-Isra' (17:32) yang bermaksud :"DAN JANGANLAH KAMU MENDEKATI ZINA, SESUNGGUHNYA ZINA ITU ADALAH SUATU PERBUATAN YANG KEJI DAN SUATU JALAN YANG BURUK". Sengaja aku tulis dengan huruf besar, menunjukkan besarnya amaran ALLAH terhadap hambaNYA. Awas dengan amaran ini wahai warga KISDAR!!!

3) Dan isu yang terakhir untuk kali ini, ialah seorang pemimpin yang sepatutnya menjadi "Qudwah Hasanah" kepada rakan2, dan orang2 yang dipimpin telah pon dengan bahagianya(ala2 hidustan gitu) bersiar2 bersama kekasih hati disekitar bandar melaka...alangkah indahnya hidup mereka...taidakkah mereka takut dengan hukuman ALLAH???

Jadi inilah antara kejayaan2 yang telah "menjulang" nama kita di arena sukan, aku "bangga"...sebuah institusi agama yang menjadi kebanggan kita telah pon mengecapi kejayaan yang cukup hebat. Syabas warga KISDAR... hanya dengan latihan yang dahsyat, ia belum "cukup" untuk menjanjikan kemenangan. Nah...inilah natijah yang kita semua dapat dengan ikhtilat yang kita amalkan dalam kehidupan kita. sedangkan yang melakukan perkara diatas hanya segelintir...tp istilah "kerana nila setitik habis susu sebelanga" merupakan ironi kehidupan kita...Sedarlah wahai sahabat2, jangan sesekali abaikan amaran ALLAH..JANGAN!!!moga ALLAH ampuni kita semua...amin.

Ahad, 6 Disember 2009

shoping sakan...pokai.

Tanggal 6 hb 12 2009 berakhirlah expo JIM kat kolej aku, dan berakhir jugak lah dugaan yang selalu menggode aku untuk membeli barang2 kat expo tu...pantang singgah musti aku akan membeli sesuatu dari situ, arghh...alamatnye aku terpakse mengikat perut sementara menanti wang pinjaman masuk. Mampukah aku mengikat perut???tali ape aku nak gune untuk ikat perut aku??untuk tatapan kome (tu bahase k.kangsar) aku tunjukkan barang2 yang aku beli semasa di expo:


Ini aku beli dengan harge RM1.00 untuk 1 unit, susah nak dapat mende ni...klu ader pon kat mane2 demonstrasi je,nak tunggu demonstrasi pon ntah bile ader lagi, jd aku beli la 4 jenis, 3 jenis untuk sahabat aku (k.fatimah, fathiah dan aisyah) dan 1 untuk aku.




Yang ni pon aku beli dari kedai yang samer, hargenye pon RM1.00, tapi aku beli tak le aku pakai untuk gie kelas ke...mampus aku kalu rektor nampak(hahaha). Alasan aku beli mende ni pon samer jugak, susah nak dapat kat tempat lain. Then kalu ader demo ker...ikat je la kat kepale,(macam penah aku wat dulu) wakakaka...

Buku ni aku beli sebab yang menarik minat aku ialah gaya penulisannye...gambar2 yang menarik, ader peta, lukisan, memang best la, hargenye RM120.00, aku memang tak bawak duit banyak tika itu, so aku terpakse bagi deposit RM30 untuk penjual tu simpan untuk aku, then petang aku datang bawak duit dan bayar kasi habis...





Ni namenye Mafla (sebut betul2)...hari first n second RM15.00 tapi ble aku gie ari last ader harge runtuh lak RM10.00 aku pon ape lg, sentap dan beli..haha, aku nekad nak pakai gie kelas, gie masjid, bukan salah pon kann..













Ni hargenye RM75.00 aku beli dapat RM70, tapi bukan aku tawar, kakak tu yang baik...aku memang tak pandai tawar menawar ni..tepung tawar aku tau la..hek hek...aku beli sebab ni bukan sweater bese. die boleh pakai 2 warne...gmbar yang atas tu, then boleh tukar kepada gambar yang kedua tu...multipurpose la lebih kurang (btul ke ejaan tuu??). Then kat belakang sweater tu ader bendera palestin..tu yang membuatkan aku membuak2 untuk beli.

Ini lah jumlah barang2 yang aku borong di expo kat kolej aku bawah anjuran JIM..sonok tak terkire...bukan senang nak dapat barang2 macam ni. Sume ni aku akan simpan sebaik mungkin insyaALLAH...senyum aku sorang2:-)






Jumaat, 4 Disember 2009

kewajipan VS kegemaran



argh...tenangkan aku!!! mungkin ader yang penah bce ucapan ini dalam facebook aku, atau YM aku...erm...mmg aku tak tenang tika itu. Hati berbelah bahagi antara kewajipan dan kegemaran dalam diri aku. menguji kematangan aku. menguji prinsip yang aku pegang selama ini. Namun setelah aku bulatkan hati dalam membuat keputusan, aku terbaca hikmah dari Illahi melalui seorang sahabat lama.


ah...inilah yang dimaksudkan dengan insan bernama sahabat. menenangkan bile resah, menyejukan bile marah. menegur bile salah (dah macam pantun lak)..takde kata2 lain mampu aku luahkan untuk gambarkan jasa sahabat. andai tiada insan sebaik ini, sudah tentu aku sukar mencari hikmah disebalik dugaan yang aku lalui. Setelah saban hari aku memikirkan hikmah Illahi...aku pasrah...aku redha...moge ALLAH ampuni hamba serba lemah ini.


menitis air mata aku bile memikirkan kejahilan diri, masih tak mampu aku berdiri teguh dengan prinsip, masih goyang dengan dugaan yang betalu2 datang. hanya baru diuji sebegini, aku rapuh berbelah bahagi...tak dapat aku bayangkan, andai aku diuji dgn ujian yang lebih besar, dasyat...apakah aku mampu laluinye..Ya Allah...teguhkan diriku dengan iman dan Islam.

"we love Tok Guru!!!"






Aku merupakan antara jutaan rakyat yang mengagumi peribadi beliau, ketokohan beliau, kepimpinan beliau...ah...aku ingat lagi kali pertama aku melihat beliau secara real...semasa ceramah beliau bukit gantang, hampir menitis air mataku kerana begitu bersyukur akhirnya dapat juga melihat beliau secara langsung.

Tika itu,hujan renyai...namun kami sanggup berbasah semata2 nak dengar ceramah dari beliau, yang pasti bukan kami saje...puluhan ribu lagi same seperti kami. Inilah kenangan yang pasti aku takkan lupe seumur hidup aku. Bile beliau mule nak bg ceramah...ader semacam perasaan yang aku tak pernah rase sblm ini...betapa aku kagumi ketabahan beliau di "jalan" ini.




Ini baru sebahagian rakyat kelantan semasa demonstrasi "sokong Tok Guru" baru2 ni...belum tgk dari Perak, Kedah, Selangor, dan KL lagi cukup la mse penamaan calon bukit gantang dulu...sibuk nak suh beliau letak jawatan...takut dengan ketokohan beliau kah? atau dengan doa yang dilakukan oleh beliau kah? takut doa itu makbul kah? geli hati aku tengok puak ni...(saper makan cili...paham2 je la) kalut nak attack Tok Guru.. kte menantu beliau salah gune kuasa la, pecah amanah la...ingat orang nak cayer ke??Ibu aku yang tak masok politik pon tak percayer.


Media Pak Turut pon ikut la telunjuk puak ni...sebar fitnah2 tak berasas pada Tok Guru...kami tak bodoh la, tak bute lg...mampu beze yang mane batil dan yang mane haq. Isu yang tersebar sampai luar negara ditutup...di cover,wal hal satu dunie tau...moge ALLAH ampuni mereka.

Gambar ni ditangkap semasa demonstrasi GMI...gerakan mansuh ISA, cube tgk demonstrasi dr puak tu...ader tak situasi mcm ni...siap lps salam "pak turut" gie tembak gas pemedih mate pd mereka2 ini...moge ALLAH ampuni.

Mari semua pembaca blog aku...sme2 rapatkan soff perjuangan kite...teguh bersama Islam!!! moge segala amalan kite diterima disisi ALLAH amiinnn...