Isnin, 18 Januari 2010

peperangan badar...

assalamualaikum...kesuntukan masa membuatkan aku terlewat mengupdate blog aku ni...maklumlah...bru je habis minggu ketamadunan n kesenian islam. so, ble dah free aku rse bertanggungjawab lak untuk menghiasi blog dgn post terbaru...selalunye post aku lebih kepada mende merapu, so aku tidak mahu lagi syok sendiri dengan post yang ntah pehape tu, kali ni aku nak bawak pembaca blog aku menyusuri sirah islam semasa peperangan badar...suatu kisah yang WAJIB umat islam baca, faham dan tahu...klu nur kasih kte sanggup tggu di depan t.v untuk tgk...aku rase pembaca blog ni pon tidak boleh tidak mesti baca dan simpan post ni kemas2 dalam diri.

PERANG BADAR KUBRA 17 RAMADHAN TAHUN KEDUA HIJRAH.
(Sebab Terjadinya Peperangan dan sasarannya) Sesungguhnya antara Rasulullah saw dan puak Quraisy sedang dalam keadaan perang sejak hari pertama Nabi saw melakukan hijrah ke Madinah. Dalam keadaan perang harta dan darah musuh adalah dihalalkan. Apalagi jika kita ketahui bahawa sebahagian harta yang ada didalam kafilah-kafilah dagang Quraisy itu milikkaum Muhajirin dari kalangan kaum Muslimin Mekah. Harta itu dikuasai kaum Musyrikin Mekah secara aniaya dan tidak sah. Sejak lama pemusuhan antara kaum Muslimin dan Musyrikin berlangsung, kaum Musyrikin sentiasa berusaha untuk memusuhi dan menghalangi tersiarnya Islam dengan pelbagai cara. Mereka menghamburkan harta yang banyak demi untuk memenuhi hasrat mereka dan untuk tujuan melemahkan potensi kaum Muslimin. Mereka juga tidak putus-putus menyeksa dan mengadakan gangguan serangan di perbatasan kota Madinah
Pada hari ke 12 bulan Ramadhan tahun ke2 hijrah Rasulullah saw menfetahui bahawa kafilah dagang Quraisy datang dari Syam, lalu Rasulullah saw bersabda kepada kaum Muslimin yang ada disisinya. “Ini adalah kafilah dagang Quraisy yang membawa harta kekayaan mereka. Keluarlah kepadanya, mudah-mudahan Allah menjadikannya sebagai pampasan bagi kalian.”
Perlu disebutkan bahawa kafilah ini tidak seperti kafilah-kafilah yang lain. Bila menguasainya maka akan mematikan bagi perekonomian Quraisy. Keran didalam kafilah dagang ini terdapat 1000 ekor unta dan 50,000 dinar emas. Kaum Musyrikin mengungkapkan tentang bahaya penguasaan terhadap kafilah ini dengan perkataan mereka: “jika Muhammad berhasil menguasainya maka kalian tidak akan berjaya selamanya”.
Perang Badar merupakan peperangan bersenjata yang pertama kali berlaku diantara pembela kebenaran dan pendukung kebatilan. Keran didalam pertempuran inilah ditentukan nasib kaum Mu’minin dan Musyrikin. Sehinggan Nabi saw bermunajat dengan doa agar Allah memberikan kemenangan yang besar kepada kaum Muslimin.
Orang yang pernah membaca sirah Nabi saw didalam perang Badar dan semua perang yang pernah dilakukannya, pasti akan mengetahui betapa besar perhatian Nabi saw teerhadap langkah dan pelbagai tektik peperangan dan analisis terhadap pergerakan musuh. Oleh sebab inilah Rasulullah menghantar sebilangan kecil pasukannya untuk mengintai pasukan musuh. Pada kebiasaannya sebelum keberangkatan pasukan perang, Rasulullah saw akan mengutus satu pasukan kecil untuk menjelajah wilayah dihadapannya, sebagai langkah terhadap serangan hendap dan sebagai langkah berjaga-jaga.
Ketika Nabi saw mendengar berita mengenai kemaraan tentera Quraisy dibawah pimpinan Abu Sufian, Nabi berbincang dengan para sahabatnya, baginda ingin mengetahui bagaimanakah sambutan kaum Ansar terhadap gagasan baginda untuk membela Nabi di negeri mereka. Sewaktu hendak berangkat dari kota Madinah baginda mengajukan adakah kaum Muhajirin berkesanggupan untuk berperang. Baginda mengulanginya sehingga 3 kali untuk mengetahui pendapat mereka. Kaum Muhajirin bersetuju dan sanggup bersama-sama Nabi menghadapi musuh Islam didalam peperangan ini, setelah melihat persetujuan kaum Muhajirin, kaum Ansar baru mengerti bahawa pertanyaan Nabi ini sebenarnya ditujukan kepada kaum Ansar. Lantas Saad bin Muaz bangkit dan berkat: “Ya Rasulullah, seolah-olah engkau mengkehendaki kami. Mungkin engkau takut jika kaum Ansar tidak akan membelamu kecuali dinegeri mereka sahaja. Aku berbicara atas nama kaum Ansar dan aku menjawab atas nama mereka. Pergilah kemana saja sesukamu, sambunglah tali persahabatan yang engkau senangi dan putuskan tali yang engkau senangi. Ambillah dari harta kami sesukamu dan berikan kepada sesiapa sesuka hatimu. Apa yang engkau ambil dari harta kami itu lebuh kami senangi daripada engkau sisakan. Segala perintahmu akan kami laksanakan. Demi Allah jika engkau berjalan sampai Brakal Ghamad (Yaman) pasti kami akan berjalan bersamamu dan jika engkau mengajak kami untuk mengharungio lautan ini pasti kami akan mengharunginya bersamamu pula”.
Berkata pula Miqdad ibnul Aswad sebagai sambutan selepas Saad bin Muaz: “Kami tidak akan mengatakan seperti apa yang dikatakan oleh kaum Musa kepada Musa: “Pergilah engkau beserta Tuhanmu dan berperanglah engkau berdua dan kami akan duduk disini”. Tetapi kami…..akan berperang disisimu kanan, kiri, depan dan belakangmu.”
Ketika Nabi saw mendengar penyataan para sahabatnya baginda bergembira dan baginda berkata sambil muka yang berseri-seri: “Berangkatlah kalian dan bergembiralah kalian”.
Semasa kaum Muslimin berangkat ke medan peperangan Badar, seorang pemuda yang berumur 16 tahun, namanya Umairf bin Abi Waqas, takut kalau kalau dia tidak dibenarkan menyertai peperangan kerana disebabkan faktor umurnya yang masih muda. Kerana itulah beliau keluar dengan cara sembunyi-sembunyi agar tidak diketahui oleh sesiapa pun. Abangnya (Saad bin Abi Waqas) yang melihat hal itu bertanya apakah sebab beliau bersembunyi-sembunyi begini? Jawab Umair: “Aku takut kalua Nabi menyuruhku kembali sedangkan aku ingin mati syahid di medan petempuran”.
Apabila Nabi mengetahui kejadian itu beliau hampir sahaja menyuruhnya kembali ke Madinah kerana Umair bin Abi Waqas masih belum cukup umurnya untuk berperang. Namun kerana Umair menangis minta diizinkan oleh Nabi untuk ikut berperang, Nabi kasihan melihatnya dan terharu diatas semangat jihad dan kesungguhan Umair, akhirnya Nabi membenarkannya. Maka terkabullah cita-cita Umair dan beliau adalah salah seorang yang gugur di medan peperangan Badar sebagai syahid.