Rabu, 7 April 2010

aku mesti...

Aku mesti kaya ilmu,
macam padi kaya berasnya,
umpama laut kaya hasilnya,
padi manfaatnya pada si petani,
laut budinya pada si nelayan,
aku berjasa pada saudara.

Aku mesti jadi anak solehah,
bilamana aku mula berdoa,
jadi jariah pada ibu bapaku,
syurga pada mereka pintaku,
setimpal budi mereka padaku.

Aku mesti jadi hamba sabar,
semua kurniaan Sang Kekasihku,
manakan boleh hatiku mengeluh,
kelak pasti sabarku menggunung,
pasti sabarku dihitung.

Aku mesti jadi da'ie hebat,
bilamana aku mula berkata,
seluruh jiwaku turut merasa,
terjemahan cintaku padaNYA,
bilamana kalamku mula menari,
selamanya segar nurkilanku,
kerana Islam harum martabatku.

aku mesti jadi pejuang,
matiku juga sebagai pejuang,
kerana inilah pelaburanku.
ini jugalah perniagaanku,
untuk ayah, ibu dan saudaraku,
moga istiqamah aku di jalan itu,
janji syurga, itu tempatku...
insyaALLAH.

erika oh erika

assalamualaikum,

saya berjumpa dengan erika di sebuah pasar malam di kawasan Talang, saya ajak erika tumpang motor saya, saya bawa motor berhati-hati takut erika tak biasa naik motor. Di jalan raya banyak lubang-lubang, saya bawa motor perlahan-lahan, saya tanya erika ok atau tidak, erika cuma diam..."ah, dia segan barangkali", bisik hati saya. Sekejap-sekejap saya berhenti di tepi jalan, takut erika mabuk atas motor, erika masih diam. Mungkin erika tidak biasa dengan saya lagi, mungkin juga erika perlukan masa untuk berkawan dengan saya.

Saya lihat meter di motor saya, saya perlu isi minyak kerana esok saya mahu ke kelas, saya berhenti di stesen petronas untuk isi minyak, saya isi minyak tergesa-gesa sebab saya takut erika tak selesa dengan bau minyak petrol. saya tengok erika masih diam...saya harap erika ok. saya tidak mahu erika sakit sebab saya. saya teruskan perjalanan bersama erika, tidak pernah saya bawa motor kesayangan saya seperlahan ini, semuanya kerana erika, saya senyum sendirian.

Sesampai sahaja saya dan erika di rumah, saya kenalkan erika dengan kawan serumah saya, mereka kata erika cantik, kulit erika biru + ungu + hijau, saya tersenyum bangga kerana jadi kawan erika, saya bawa erika masuk rumah, saya masukkan erika dalam bekas cantik, erika yang cantik duduk dalam bekas yang cantik...saya tersenyum puas...berbaloi rasanya saya membeli erika di pasar malam tadi, erika...ikan yang cantik...:-)

( nantikan gambar erika posing ya )

Rabu, 3 Mac 2010

muslimah dan gambar

assalamualaikum

saya tertarik dengan sebuah artikel dalam sebuah blog "khabar dari urdun" yang saya baca ketika sibuk mencari bahan untuk pemplet salam maulidul rasul tempoh hari, jadi saya mengcopypastekan artikel tersebut di blog saya untuk tatapan pembaca budiman..terutama muslimah yang saya kasihi, bila saya membacanya berulang2 kali, barulah saya tersedar dan terus membuang semua gambar2 saya di facebook...hujah yang bernas telah menyedarkan saya...

ikuti artikel ini muslimah...

Muqaddimah

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

Muslimah & Gambar : Ada apa dengannya?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?

Muslimahku,

Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur "Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan." Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.

Muslimahku.

Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda....Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!

Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

Penyelesaiannya

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?

Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja. Wallahu A'lam.

Peringatan juga buat diriku yang sering lupa...

Khamis, 11 Februari 2010

respon dan responsibility

salam perjuangan...

terima kasih saya rakamkan kepada sahabat-sahabat yang sentiasa membaca catatan saya dari semasa ke semasa, terima kasih kepada rakan-rakan yang berani tampil berdialog tempoh hari, hingga saya tak diberi peluang untuk bangkit dek kerana semua isu-isu telah di sentuh oleh wira-wira kampus...jazakallah.

dan sebelum itu saya memohon maaf kepada mana-mana rakan taulan yang mungkin terasa hati tika membaca post2 saya sebelum ini, saya inginkan perubahan ke arah positif di dalam kampus kesayangan saya, saya mahu berusaha menjadi "watch dog" kepada rakan-rakan kampus supaya dapat dilakukan "renovation" yang lebih matang. walaupun adakalanya niat saya itu dipandang keji...saya rela dibenci.

mungkin ada yang tersalah anggap niat hati saya ini, hingga menyangka tujuan kritikan demi kritikan yang saya lakukan adalah untuk menjatuhkan pihak tertentu, maaf...saya tiada masa untuk lakukan itu semua. tujuan kritikan saya tidak lain dan tidak bukan hanyalah semata-mata untuk kebaikan kita bersama.

percayalah...blog ini saya gunakan sebagai medan dakwah bagi saya, untuk tatapan saya, dan rakan-rakan sekampus saya. sumber-sumber maklumat yang saya dapat bukan bohong, bukan rekaan...tetapi kenyataan, kita harus terima segala kelemahan dalam setiap apa yang kita lakukan, saya juga pernah dikritik hebat...hingga tidak mampu untuk saya berdiri teguh, tapi yakinlah, itu semua pengalaman yang tidak akan dapat di mana-mana.

sahabat budiman, saya hanya manusia biasa, adakala saya tersasar jauh, betulkan saya...dengan cara apa sekalipun saya cuba untuk terima, apa yang saya harapkan tajdid niat kita, alihkan tujuan dalam menganjurkan apa-apa jenis program hanyalah semata-mata kerana ALLAH. bukan kerana mahu berbangga menjadi organisasi yang terbanyak menjalankan program, yang saya mahukan adalah kualiti dan bukan kuantiti, dan saya mohon ampun sekali lagi jika ada kalimah dari insan lemah ini yang mengguris hati dan perasaan sahabat budiman, saya hargai respon anda...dan saya terasa ini sebagai responsibility untuk saya memohon maaf.

akhir kalam...saya masih disini akan terus memerhati, akan terus berlapang dada untuk menerima segala kritikan, walau dalam segala jenis bahasa sekalipun...saya tetap terima. dan saya mohon jangan putus-putus berikan pendapat dan pandangan untuk saya renovate perkataan saya agar ia menjadi lebih menyenangkan..semoga kita dapat lakukan yang terbaik dalam final yang bakal tiba tidak lama lagi.

salam ukhuwah dari saya...

Isnin, 8 Februari 2010

saat yang dinanti-nantikan

"Perhatian kepada siswa/siswi kolej islam darul ridzuan, pada hari rabu bersamaan 10/2/2010 akan diadakan majlis permasyhuran MPP sesi 2010/2011 dan juga perjumpaan bersama Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, justeru itu semua pelajar diwajibkan hadir, sekian terima kasih".

Selesai pengumuman ringkas itu saya dan sahabat saya saling berpandangan, kami tersenyum bersama-sama. Mungkin ini saat yang di nanti-nantikan oleh rakan-rakan saya..bukan majlis permasyhuran MPP yang menjadi idaman kalbu, tetapi perjumpaan bersama rektor merupakan saat yang paling manis bagi mereka.

Tidak dapat saya bayangkan apa yang akan berlaku pada hari tersebut, baca saja di blog bumi perak saya merasakan ada bahang panas yang membara-bara. Bersemangat benar mereka bersumpah seranah di dalam blog tersebut, saya pon tidak melepaskan peluang untuk membaca dan menyelami hati rakan-rakan saya yang diluahkan di dalam blog tersebut.

Berpakaian Hitam

Saya juga terbaca beberapa post yang menyuruh berpakaian hitam pada hari tersebut, tujuannya adalah untuk menunjukkan protes kepada pihak pentadbiran kolej. Ahh...malangnya saya tidak memiliki pakaian serba hitam, mahu saja saya ke ipoh sekarang untuk membeli pakaian, namun memikirkan masa yang begitu suntuk dan kekangan kewangan saya kuburkan saja niat berpakaian hitam itu. namun, saya akan berusaha sedaya mungkin untuk berpakaian hitam pada hari itu, tunggu saja kelibat saya nanti.

Dan kepada rakan-rakan saya, mari kita tunjukkan komitmen kita dalam pertemuan ini, namun saya tidak menyuruh rakan-rakan berpakaian serba hitam bagi membuktikan protes anda. Pakailah warna apa sekalipun, asalkan rakan-rakan berani bangun menyatakan hak mahasiswa di hadapan rektor nanti. Jangan hanya berani menyarungkan pakaian hitam berkilat, namun hati menikus bila disuruh bangkit kelak.

esok....

Esok juga kita akan mengetahui siapakah yang menjadi MB yang sah di negeri kesayangan kita ini. semoga keadilan akan terpancar dengan doa rakyat negeri perak, sudah masuk 7 tahun saya bermastautin di negeri ini, di bumi inilah tempat saya menimba ilmu, jatuh bangun sebagai si penuntut ilmu...saya juga sayangkan negeri ini sepertimana anda sayangkan negeri ini.

Saya percaya...rakan-rakan saya turut merasakan perasaan yang sama...apatah lagi ini negeri kelahiran mereka, tanah tumpah darah mereka...sudah tentu kasih sayang rakan-rakan lebih berganda dari saya, insyaALLAH, kemengangan di pihak yang benar...amin.

Ahad, 7 Februari 2010

bumi perak.

assalamualaikum...

berguling-guling saya menahan ketawa yang masih berbaki, air mata ketawa segera saya seka untuk tahan dari terus ketawa...aduh!!!rupanya ada juga mahasiswa/si (saya tak pasti) yang betul-betul sakit hati dengan post2 saya selama ini...dan saya dapat mengesan ketidakpuasan hati itu dalam bumi perak yang begitu hangat dalam masyarakat KISDAR pada hari ini, esok saya menghadapi peperiksaan pertengahan, namun saya curi sedikit masa untuk coretkan sedikit catatan hati yang geli dek komen si pintar yang tidak berpuas hati dengan saya.

mungkin ada di dalam post2 sebelum ini yang terkena pada batang hidung si pintar ini hingga menyebabkan beliau terasa pedasnya...hingga si pintar hilang pertimbangan lalu melemparkan kata2 kurang sopan pada saya di dalam bumi perak...(sila lakukan di hadapan saya andai benar bencikan saya, dan benar-benar berani berdepan dengan saya). Ini mungkin satu cabaran bagi saya untuk menangani si pintar ini, mari...kita duduk semeja dan berbincang secara matang dan profesional, saya juga mahu melihat sejauh manakah bencinya si pintar ini pada diri saya..

namun, disebalik kenyataan si pintar dalam bumi perak itu, terdapat sedikit kecacatan yang tersirat hasil ciptaan si pintar yang terburu-buru menulis tohmahan kepada saya, saya hanya menjadi MPP selama 2 tahun sahaja si pintar, fakta manakah yang mengatakan saya menjadi MPP selama 3 tahun, si pintar...saya masih belum bersedia untuk me'repeat' paper hingga 4 tahun saya di kisdar.saya hanya mampu menjadi MPP selama 2 tahun sahaja..andai si pintar mahu menggantikan saya, silakan...kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan.

oleh itu, saya sekali lagi membuka ruang kepada si pintar, mari bersemuka dengan saya untuk kita selesaikan soal ketidakpuasan hati anda, kerana saya tahu si pintar antara pembaca setia blog saya...walau sebenci mana pon anda kepada saya...saya mohon jangan putus-putus melayari pondok usang saya ini, saya mahu pembaca seperti anda untuk memberikan cabaran demi cabaran kepada saya...dengan tohmahan anda...saya lebih kenal siapa saya..salam ukhwah.

Selasa, 2 Februari 2010

dari mahasiswa kepada mahasiswa.

assalamualaikum...

yang pertama saya merakamkan ucapan tahniah yang menggunung tinggi kepada promahasiswa (pro-m) yang berani berdepan dengan pelbagai cabaran dan tribulasi sebagai syarat dalam memperjuangkan suara mahasiswa...baru kini saya melihat...gelombang mahasiswa amat besar bagaikan si bapak tsunami yang hebat. tersenyum tika saya membaca blog2 antum...kisah di bedil dengan cota FRU, di tangkap dan dibawa ke balai. tahniah!!! antumlah pembakar semangat saya disini, bah kan bukan sahaja saya...malah mungkin segerombolan mahasiswa di kisdar ini, saya kira mereka turut merasa percikan semangat hasil biasan perjuangan antum disana. itu pon kalau mahasiswa di kisdar celik IT dan melayari blog2 bermanfaat dan berilmiah...bukan sekadar mengupdate FaceBook, Myspace sahaja.

walaupun promahasiswa diuji dengan kekalahan demi kekalahan...anda tidak kalah di pandangan saya, malah saya percaya anda telah menang dan berjaya membuka mata mahasiswa yang lena bahawa kampus masih belum bebas dengan demokrasi...semangat perjuangan anda akan saya jadikan bekalan buat diri...dalam menerajui kepimpinan mahasiswa buat kali kedua, ya..akan saya tiupkan roh perjuangan dalam diri sahabat2 sekampus saya, supaya yang benar tetap benar...dan yang salah tetap salah!!!

kepada saudara warga staf2 kolej...anda perlu ubah diri anda...anda bukan bekerja di supermarket atau seangkatan dengannya...anda bekerja di Kolej Islam Darul Ridzuan, di sebuah institusi pengajian islam, ubah diri anda, ubah sikap anda, demi Islam kita menjadi kearah yang lebih positif...tingkah laku melambangkan peribadi seseorang...usah calarkan maruah islam yang terpahat di bendera kampus kesayangan saya.

kepada mahasiswa KISDAR,

tempoh final kian hampir, sedarlah...dan usah tidur, andalah maruah islam, jagalah maruah itu sebaik-baiknya, usah diconteng maruah itu dengan tingkah anda yang memilukan warga pendidik kita disini, saya sayangkan KISDAR, saya mahukan kampus saya seperti syurga...saya mahukan masjid penuh di tiap azan berkumandang, saya mahukan sof berbilang-bilang hingga tidak mampu saya beza diantara solat 5 waktu dan solat jumaat. saya rindukan suasana itu..ayuh sahabat-sahabat...mari kita ubah generasi ini...ini dari saya...dan ini harapan menggunung saya...wallahua'lam.